Pengenalan Laman Indah Resort
Laman Indah Resort adalah resort yang menyediakan ruang yang luas untuk anda beraktiviti. Ia mempunyai dewan terbuka di bahagian bawah dan dewan tertutup di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 50 orang bagi setiap dewan. Resort ini sesuai juga untuk di adakan majlis keramaian kerana ia mempunyai padang yang luas. Juga sesuai untuk dijadikan tempat keluarga berkumpul kerana ia dilengkapi dengan fasiliti set memanggang (BBQ). Terdapat juga fasiliti seperti tandas, alat penghawa dingin (aircond), kabinet, katil, dan banyak lagi.

